Diana Rigg
Diana Rigg

Diana Rigg

Dame Enid Diana Elizabeth Rigg (20 Julai 1938 – 10 September 2020) ialah seorang pelakon wanita England. Beberapa peranannya yang terkenal ialah sebagai Emma Peel dalam siri TV The Avengers (1965–1968); Countess Teresa di Vicenzo, isteri James Bond, dalam On Her Majesty's Secret Service (1969); Olenna Tyrell dalam Game of Thrones (2013–2017) dan dalam penampilannya sebagai Medea di Broadway dan di England.Rigg memiliki kerjaya dan kehidupan yang berjaya di teater, membuat penampilan sulung pentas profesionalnya pada tahun 1957 dalam The Caucasian Chalk Circle dan bekerja dengan Royal Shakespeare Company pada tahun 1959. Beliau membuat penampilan sulunh Broadwaynya di Abelard & Heloise pada tahun 1971. Beliau menjayakan peranan tajuk di Medea, baik di London dan New York, yang mana beliau memenangi Anugerah Tony 1994 untuk Pelakon Wanita Terbaik dalam Drama. Beliau diangkat menjadi CBE pada tahun 1988 dan Dame pada tahun 1994 untuk drama.Rigg meninggal di rumahnya di London pada 10 September 2020, di usia 82 tahun.[1] Anak perempuannya, Rachael Stirling, mengatakan bahawa punca kematiannya adalah kanser paru-paru, yang telah didiagnosis pada Mac 2020.[2][3][4]

Rujukan

WikiPedia: Diana Rigg http://ibdb.com/person.php?id=%7B%7B%7Bid%7D%7D%7D http://www.imdb.com/name/nm0001671/ http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p074044141 http://isni.org/isni/0000000114409390 https://www.bbc.com/news/entertainment-arts-541065... https://www.nytimes.com/2020/09/10/obituaries/dian... https://aleph.nkp.cz/F/?func=find-c&local_base=aut... https://catalogue.bnf.fr/ark:/12148/cb13899014p https://data.bnf.fr/ark:/12148/cb13899014p